PingMe

Sunday 17 March 2013

Kembali Kurus Selepas Bersalin

Kembali Kurus Selepas Bersalin

Hari ni rasa terpanggil-panggil nak share pasal 'Kurus Selepas Bersalin'. Mcm MamaAdra ni alhamdulillah masa mengandung berat naik 6kg (dari 46kg - 52kg), huhu rasenye ok la tu kot, ikut selesa badan, berat2 kang tak larat lak nk bwk bdn :-) kebanyakkan dari kita mengalami kenaikan berat badan yang agak mendadak bila mengandungkan...orang tua2 kata kalau tak jaga betul dalam pantang nanti susah nak turunkan semula berat badan kita. Mungkin benar jugak..tapi zaman sekarang ni, orang dah jarang nak berpantang betul2,yang langgar pantang lagi ramai dr yg berpantang...ehe, ok xper...dah panjang melalutnya, jom sekarang tiba la masanya MamaAdra nak share testimoni kurus selepas bersalin adik kita sorang ni :-)




FRESH TESTI DIRI SENDIRI
==================

hadoi, taktau nak tulis ape sebenarnye..hihi meh saye explain aje tiap gambar tu ye


April 2012
------------
ok, time ni saye dh sarat mengandung, badan semakin mengembang sbb saye sgt2 kuat makan..hihi tgk tangan tu, kembang aje..smpai nk genggam tangan pun tak boleh, terlalu gemuk..overweight.. dari berat 50KG, jadi 80KG

August 2012
---------------
time ni hari raya tahun lepas, berat tak timbang plak brape KG, tapi yang pasti, pakai jubat tu, sangat ketat..leh nampak tummy lapis2..satu perkataan saja MALU..orang tegur, bertanya..tapi nak buat macam mana, saya bersalin secara cesarean..tak boleh bertungku, berbedung, mengurut pun takleh usik bahagian perut..time ni jeans saye pakai size 32..huhu

January 2013
---------------
start bulan September, saya bertekad dengan diri sendiri..i have to do something..bermula lah misi..sebelum2 ni, saya makan gak shaklee, amek esp, bcomp, vitamin c, set berpantang shaklee..tp start september, saya mula amek set slimming ;) alhamdulillah dari size 32 inch, dah jadi 29 inch

February 2013
-----------------
jengjeng..ni latest me !! time g bercuti dekat gold coast sepang, dengan family husband time celebrate birthday 3 generation (tokabah,husband(anak), adam(cucu))..hihi..alhamdulillah ;) guess what, now jeans dah size 27 !! yeay !! dah boleh pakai jeans zaman study dulu..terus laju2 bukak robok lame, cari seluar2 lame, basuh before gi bercuti ;) alhamdulillah dari beli saje2 je makan, sampaila sekarang saye dah join jadi independent distributer shaklee ..sambil2 menjana pendapatan, dapat gak mencantikkan diri..hihi *perasan seketika*..hihi


Nak tahu macam maner adik ni bole kurus...? Ok...bole tengok Pakej kurus Shaklee untuk Ibu Menyusu yang adik ni amalkan ye... :-)


Nak cuba supplemen Shaklee, boleh hubungi Fazs ye;

 


 
Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp | 0183111749 | 0133888728

Wednesday 6 March 2013

Energizing Soy Protein

Khasiat Protin Shaklee


Tahukah anda Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya?  Energizing Soy Protien (ESP) ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai ujian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin tinggi yang pernah dihasilkan.

Shaklee hanya menggunakan kacang soya non-GMO (non-Genetically Modified Organism), iaitu kacang soya yang bebas daripada pendedahan perubahan genetik,  daripada proses pemilihan benih sehingga kepada proses pengeluarannya.

ESP sungguh istimewa kerana selain diperkayakan dengan 5 sumber vitamin dan 4 mineral semulajadi, ia menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

Bukan hanya itu,  Shaklee ESP juga sangat sesuai untuk mereka yang menghidap diabetis kerana kandungan indeks glisemiknya yang rendah.  Kadar G.I (Glycemic Index) Shaklee ESP adalah serendah 39 sahaja!  G.I yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita.  Mengekalkan pasras gula dalam darah yang rendah amat PENTING dalam proses pengurangan berat badan dan untuk penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.



Sebagai umat ISLAM,  pemakanan yang HALAL amat dititikberatkan.  Sesetengah kacang soya diproses atau dicuci dengan alkohol yang mana prosesnya membuatkan kandungan isoflavon yang sangat bermanfaat HILANG.  Namun, usah ragu-ragu dengan Shaklee ESP kerana Shaklee hanya menggunakan kacang soya yang dicuci dengan air untuk mengekalkan kandungan isoflavones, genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Harga:
Semenanjung - RM150
Sabah/ Sarawak - RM155


Nak cuba supplemen Shaklee, boleh hubungi Fazs ye;



Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp | 0183111749 | 0133888728

Tuesday 5 March 2013

Kalsium Penting Untuk Tubuh

Keperluan Kalsium Pada Tubuh Kita


Kalsium adalah merupakan antara bahan mineral yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Bahan mineral ini secara umumnya diperlukan dalam membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Selain daripada itu, kalsium juga diperlukan untuk membantu pengecutan otot jantung, membantu dalam penghantaran maklumat saraf (fungsi saraf) dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Keperluan kalsium yang dicadangkan mengikut umur:


Badan kita tidak berupaya menghasilkan kalsium dengan sendiri. Cara terbaik untuk mendapatkan lebih kalsium adalah dengan memperbaiki diet harian. Antara makanan yang tinggi dengan kalsium adalah:
§             Produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt.
§             Sayur-sayuran mentah seperti bayam, bendi.
§             Kekacang dan bijirin seperti kacang soya, kacang putih, bijan, oat dan  badam.
§             Sesetengah makanan laut seperti sardin, salmon, ikan bilis, tiram dan udang.



Keperluan vitamin D bersama kalsium
Vitamin D amat penting diambil bersama sumber makanan berasaskan kalsium untuk penyerapan yang optimum. Namun agak sukar untuk mendapatkan cukup vitamin D daripada makanan kerana vitamin D hanya terdapat di dalam beberapa jenis makanan dan jumlahnya adalah sangat kecil. Kajian menunjukkan bahawa hanya kira-kira 20% daripada vitamin D datang dari makanan yang kita makan. 

Makanan yang menyediakan vitamin D adalah termasuk:
§             Lemak ikan seperti tuna, mackerel dan salmon
§             Produk tenusu, seperti susu, susu soya, yogurt, keju
§             Jus oren
§             Bijirin
§             Hati lembu
§             Kuning telur

Walaubagaimanapun, badan kita juga boleh membuat vitamin D sendiri. Apabila kita berjalan keluar ke cahaya matahari dengan kulit yang terdedah, badan kita secara semulajadi akan menghasilkan vitamin D.



Elakkan!
  • Perlu diingat, pengambilan kafein mampu mengurangkan penyerapan kalsium di dalam badan. 
  • Elakkan mengambil kalsium bersama-sama dengan pengambilan zat besi kerana kalsium akan memperlahankan penyerapan zat besi.
Tahukah anda?
Jika pengambilan kalsium bagi ibu hamil atau menyusu tidak mencukupi, kalsium daripada tulang akan diambil/dilarutkan untuk disalurkan kepada bayi anda.  Ibu akan mendapat kesan daripada kekurangan kalsium tersebut sama ada kekejangan kaki semasa tidur atau bakal mendapat osteoporosis.

Supplemen
Untuk penjagaan tulang dan gigi yang kuat, Shaklee mencadangkan pengambilan Ostematrix.  Ia bukan sekadar membekalkan kalsium malah ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Credit

Nak cuba supplemen Shaklee, boleh hubungi Fazs ye;





Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp | 0183111749 | 0133888728

Ostematrix

Ostematrix - Supplemen Untuk Tulang Anda!!!


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Harga:
Semenanjung - RM61
Sabah/Sarawak -RM65

Nak cuba supplemen Shaklee, boleh hubungi Fazs ye;



Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp | 0183111749 | 0133888728

Sunday 3 March 2013

Allergik Hilang Dengan Shaklee

Alahan Hilang Dengan Shaklee

Salam sayang ;-)

Dah lama Kedai S3 ni tak berusik...emmm busy sesangat agaknye tokei ni ekk...uhu...hari ni nak citer ape ye? Mcm tajuk kat atas tu, kita citer2 pasal allergik ok ;-)

Jom kita tengok kupasan pasal Alahan Makanan ni.

Apakah itu alahan pemakanan?

Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.


Berapa kerap ia berlaku?

Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa.

Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan.

Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan?

Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:
Susu lembu.
Telur.
Kacang soya.
Gandum.
Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).
Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).
Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.

Bilakan seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?

Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.

Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:
- 'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
- Kesukaran bernafas dan berdehit.
- Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
- Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
- Perut yang sakit dan memulas.
- 'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.
- Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.

Gejala yang sama boleh berlaku dalam intoleransi terhadap makanan (food intolerance) dan penyakit-penyakit lain. Maka pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosa yang tepat.

Apakah kesannya?
Gejala dan sakit mungkin di tahap sederhana tetapi kadang-kala gejala serius seperti anafilaksis boleh berlaku iaitu saluran pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak berfungsi. Ini boleh membawa  maut.
Pengelakkan beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan tertentu sekiranya makanan tambahan tidak diambil, contohnya kekurangan kalsium boleh berlaku jika semua produk susu dikeluarkan daripada pemakanan kanak-kanak yang alah kepada susu lembu.
Tumbesaran terbantut dan ia boleh berlaku sekiranya banyak kumpulan makanan dihadkan.

Bagaimana alahan makanan dikenal pasti?

Adalah terbaik berjumpa doktor untuk mengenal pasti alahan makanan. Jangan sesekali  membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan. Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau 'ujian suntikan kulit' (skin prick test) boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu mengenal pasti alahan tertentu.

Adakah sebarang rawatan untuk merawat alahan makanan?

Ada. 

Antara langkah-langkah yang berkesan adalah:
- Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan. Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik  jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.

- Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa, termasuklah:

- Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau pen khusus yang disediakan.

- Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera. Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, 'bronchodilator' (ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan (insertion of airway) juga  cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.

- Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat sedikit dengan beransur-ansur(desensitising) pernah digunakan tetapi ianya bukanlah rawatan piawaian yang diluluskan.

Apakah strategi pencegahan?

Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan. Oleh itu, penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam keluarga.

Peringatan
Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yang mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.
Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti alahan terhadap udang, udang karang dan ketam.
Beri peringatan kepada kanak-kanak yang bersekolah mengenai masalah alahan mereka dan pihak sekolah perlu dimaklumkan. Perancangan khusus perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.


Shaklee juga mempunyai rangkaian produk yang dapat mengurangkan rengsa alahan yang dialami oleh mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu. Berikut adalah supplemen-supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk mengurangkan masalah alahan makanan ;-)


Fungsi-fungsi setiap supplemen (Skin care set + Alfalfa):

* B-complex - berperanan sebagai anti stress, terdpt juga fungsi detoksifikasi utkk mgurangkan alahan, menukarkan makanan kepada tenaga & mengurangkan sakit kepala

* Vita-C - membantu menguatkan sistem imun, membantu mencegah jangkitan dan selsema.

* Vita-E - antioksida, mengurangkan inflamasi kulit, menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas, mengurangkan risiko sakit jantung, anti-penuaan.

* Alfalfa - mencuci hati, darah & usus, melawan alahan,memperbaiki masalah saluran penghadaman & merawat keputihan.



Nak cuba supplemen Shaklee, boleh hubungi Fazs ye;



Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp | 0183111749 | 0133888728




Copyright Protected 2013 | Templates Reserved for Kedai S3 | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™