PingMe

Friday 5 September 2014

Percutian Keluarga

Cinta Hati Mama - Putri Adra Afrina

Entry pendek
Nie kira entry pendek kak fazs ye...jap lagi nak bertolak ke Kuantan. Hari ni 2nd Trip Family Day LPK kat Hyatt Regency Kuantan Resort (nanti ade update dari sana plak ye). Tengok budak kecik ni...eksaited dah nak swimming katanya. 


Cuma nak share la beberapa perkara yang kak fazs nak kene sediakan bila nak berjalan jauh nie;

1. Susu & botol susu anak (masuk sekali dalam 1 beg - flusk air panas, bekas air masak, susu tepung, mealshake & botol2).

2. Baju mandi & kelengkapan nak berenang anak - nie penting gak, sebab biasa la bebudak pantang nmpk kolam kan.

3. Baju anak mama papa - sediakan dalam 1 beg (percutian 3 hari 2 malam x perlu bawak baju bebanyak)

4. Kelengkapan mandi @ toiletries - ni siap2 masuk dalam beg khas gak, gabungkan dalam 1 beg supaya xde tertinggal

5. Vitamin Shaklee - Nie utk seisi keluarga. Kalau ade bekas ubat kecik2 tu boleh gak isi dalam tu ye...

6. Fylers Shaklee - wahhh penting ni...jumpe orang baru...peluang namanya ;-)

7. Kudapan - nie utk mama ngn papa yang mmg nak mengunyah je nti...utk adra mama sediakan kismis/kurma (pebret dia)

Hah..ok tak entry pendek kak fazs ni. Uols lak kalau nak jalan jauh mcm maner yer. kak fazs buat seringkas mungkin utk entry yang pendek ni.

Nanti kita jumpa lagi ye. Doakan perjalanan kak fazs sekeluarga dilindungi dan dipermudahkan Nya. Amin ;-)

# Nak dapat income lebih dengan hanya bisnes dari rumah???

Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp/WeChat/Telegram | 0183111749
                                              FB Fanpage : Kedai Supplemen Semulajadi 



Alfalfa Shaklee Dan Hubungan Intim Suami Isteri


ALFALFA Shaklee

Promo nie dah berakhir ye :-)

Alfalfa juga dikenali sebgai “Raja Segala Tumbuhan” @ Medicago Sativa adalah tanaman organic yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Medicado sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa. Ia dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Alfalfa dapat membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Alfalfakaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi menyamai segelas susu.

Kebaikan Alfalfa:

@ Mencuci hati, darah dan usus @ detoksifikasi
@ Melawan Alahan/ Elergik
@ Baik utk perubahan patologi di dalam usus dan perut
@ Menyingkirkan lemak dan kolesterol
@ Melawan tumor
@ Melegakan keletihan
@ Mencegah/ merawat atritis


Banyak khasiat Alfalfa selain menjadi 'Milk Booster' bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi...merawat alahan makanan laut@seafood...dan yang palingggg BEST bila Alfalfa menjadi pengikat kasih sayang dalam keintiman hubungan Suami Isteri.

Hanya yang dah makan akan tahu RASAnya...emmm...jooommm...kalau rase nak lebihhh ummmppphhh...try Alfalfa hari ini ^__^...Nie testi manis yang berpuas hati dengan Alfalfa ye ;-)

Alfalfa dan Hubungan Intim


Dapatkan Alfalfa pada harga istimewa dengan MENDAFTAR AHLI  #daftarahlishaklee


# Nak dapat income lebih dengan hanya bisnes dari rumah???
Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp/WeChat/Telegram | 0183111749
                                              FB Fanpage : Kedai Supplemen Semulajadi 

Set Kurus Shaklee Terlajak Laris

SET SLIM KURUS SHAKLEE YG FEMES ^_^

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt sebab masih diberi peluang untuk bernafas lagi pada hari ini. Dan juga syukur Alhamdulillah sebab masih diberi idea2 untuk dikongsi dengan uols yang gojes2 ni ;-*

Ok la, kak fazs nak citer sket pasal Set Kurus Shaklee yang pada kak fazs ni memang femes la dari dulu lagi. kak fazs pendekkan Set Kurus Shaklee ni jadi SKS ye...hihihi...SKS ni memang best...kalau uols rasa teringin nak kurus...atau yg kurus tp tringin nak menten kekurusan uols tu...aha kak fazs cadangkan amik la SKS ni. Tak rugi deknon oiii...Nape lak x rugi? Iyolah...kebaikan berganda uols dapat tau kalau amik SKS ni...bukan takat kurus je dapat...kulit cantik, mengebus, kulit anak pun cantik gebu (ni utk BF mama cam kak fazs ;-)), merapatkan hubungan intim suami isteri, tenaga berpanjangan, menguatkan daya ingatan, melancarkan peredaran darah...eh macam2 lagi kebaikan la deknon oiii.

Aha...kak fazs memang ngesyorkan sgt uols try SKS ni. Tak rugi mana pun. 1 set SKS ni cuma berharga RM256 ajerrrr. Eh nape murah sesangat kak fazs??? Aik..tu kak bagi uols harga retail. Kalau uols pakat nak jadi ahli hah...lagi jatuh gedebuk super murah tau harga dia. Boleh klik sini ---> Saya Nak Jadi Ahli  kalau nak tahu camner nak jadi ahli Shaklee ye ;-)

Ok, enjoyz la tengok testimonis yang manis dengan SKS ni ye...

Set Kurus Shaklee

Berjaya Kurus Dengan Shaklee
Kurus Dan Sihat Dengan Shaklee
 Aha...testi manis kat bawah ni spesel sket. Sebabnya adik ni makan set untuk hilangkan jerawat...ala Set Kulit Cantik la deknon. Tapi yang tak percayanya...bukan je jerawat semakin pulih...berat badan adik ni pun turun skali tau...ahaaa...bukan sket turunnya...5kilos gak tu...hepi for u adik ;-)

Kulit Cantik Badan Sihat Dengan Shaklee
Nak tahu lebih lanjut tentang SKS ni...boleh la baca info ringkas pasal 3 produk hebat yang ada dalam SKS ni yer ;-) Chekidaut~

◆ESP◆
Membekalkan keperluan protin yang lengkap
Memberi sumber tenaga segera dan berpanjangan
Menyediakan 9 asid amino penting yg tidak dpt dihasilkan oleh tubuh manusia
Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
Sesuai pada penghidap diabetis kerana Indeks Glisemik (G.I) rendah hanya 39

INFO: 
>Protin adalah bahan utama dalam pembentukkan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.
>ESP mengandungi kacang soya "Non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yg diproses pada kadar suhu yg rendah.

◆LECITHIN◆
Pecah LEMAK & KOLESTEROL
Meningkatkan kecerdasan OTAK 
Melancarkan peredaran DARAH
Baik untung JANTUNG
Mencantikkan KULIT
Menghilangkan JERAGAT

INFO: LECITHIN daripada sumber tumbuhan lebih BAIK daripada lecithin dari sumber HAIWAN yang mengandungi jumlah asid lemak tepu yang tinggi.

◆ALFALFA◆
Agen DETOKS (nyah toksin)
Membuang lebihan air dalam badan
Buang angin dalam badan
Mengurangkan rasa LETIH & LESU
Merawat RESDUNG
Membuang TOKSIN
Mengempiskan perut
Menghilangkan KEPUTIHAN & GATAL2 (Miss'V)
Milk Booster (utk ibu menyusu badan)
Merapatkan (seperti Kacip Fatimah)♡♡♡

INFO: Alfalfa merupakan tumbuhan HERBA. Seperti juga jamu ia agak panas & perlu minum lebih air kosong.

NAK TRY!!!
MESTI CUBA!!!
PASTI TAK RUGI!!! Tapi RUGI kalau tak CUBA


Dapatkan Set Slim Shaklee pada harga istimewa dengan MENDAFTAR AHLI  #daftarahlishaklee

# Nak dapat income lebih dengan hanya bisnes dari rumah???
Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp/WeChat/Telegram | 0183111749
                                              FB Fanpage : Kedai Supplemen Semulajadi 

Thursday 4 September 2014

Piramid Aktiviti Fizikal Manusia

Piramid Aktiviti Fizikal Manusia


Wow...ingatkan piramid makanan jer yang kita perlu contohi, tapi sekarang dah ada Piramid Aktiviti Fizikal yang boleh kita praktikkan. Piramid Makanan memberi panduan pemakanan sihat yang perlu kita amalkan. Manakala, Piramid Aktiviti Fizikal ini memberi kita panduan bagaimana untuk menyusun aktiviti seharian maupun mingguan kita.

Di zaman teknologi, zaman gajet dan pelbagai social media dalam talian seperti Facebook, Instagram, Tweeter, Whatsapp, WeChat, Telegram dan lain-lain medium yang menghubungkan manusia tanpa batasan. Banyak kebaikan yang diperolehi daripada medium perhubungan ini di mana ia mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat.

Namun, masih terdapat juga keburukan sekiranya seseorang itu terlalu taksub dengan teknologi, segala macam gajet dan social media yang kini hanya dihujung jari. Aktiviti ini telah menjarakkan hubungan di antara satu sama lain. 

Jom kita lihat apa yang perlu kita lakukan setiap hari dan apa yang perlu kita hadkan di dalam aktiviti seharian kita.

Piramid Aktiviti Fizikal
 
--> Setiap Hari <--
Aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti;
> Naik turun tangga
> Berjalan kaki ke kedai/tempat kerja
> Melakukan kerja rumah
> Berkebun

--> 5-6 Kali Seminggu <--
Lakukan aktiviti fizikal sederhana (30 minit sehari) seperti;
> Berjalan cepat
> Berbasikal
> Senaman Aerobik
> Berenang
> Menari
> Lompat Tali
> Bermain Bola Sepak/ Bola Keranjang
> Bermain Badminton
> Mendaki Gunung

--> 2-3 Kali Seminggu <--
Lakukan aktiviti untuk meningkatkan kelenturan, kekuatan dan ketahanan otot seperti;
> Meregangkan badan
> Bangkit Tubi
> Tekan Tubi
> Angkat berat

--> Hadkan <--
Kurangkan aktiviti sedentari seperti;
> Menonton tv
> Bermain Permainan Komputer
> Melayan instant messenger (Whatsapp, Telegram, WeChat, Line etc)


# Nak dapat income lebih dengan hanya bisnes dari rumah???


Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp/Telegram/WeChat | 0183111749 





Wednesday 3 September 2014

Suplemen Untuk Bayi Di Bawah Umur Satu (1) Tahun

SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK BAYI DI BAWAH UMUR SATU (1) TAHUN

Ada ke suplemen yang sesuai untuk bayi di bawah umur satu (1) tahun? Teringat masa pertama kali Putri Adra Afrina demam. Masa tu umur dia 6 bulan. Panas gak masa tu 37°-38°. Bawak pergi Klinik Aminah dekat Port Klang.


Doktor check, sah demam, doctor kata akan bagi immune booster (time tu tak terfikir Nutriferon) sebab kata doctor bayi 6 bulan / bawah 1 tahun tak elok bagi antibiotic. Menganggu buah pinggang kata dia. Jadi papa ngn mama pun ia kana je la…janji demam anak ok x melarat.

Tiba masa nak amik ubat, baru perasan “eh banyakknye botol2 Shaklee kat rak2 ubat klinik ni…” rupa-rupanya Dr. Aminah yang rawat Adra tu SID Shaklee gak. Sebenarnya masa tu hanya makan Shaklee untuk tambah susu. Beli Shaklee pun masa Adra 3 bulan sebab start keje je susu pun mula merudum.

Kat rumah, bila nak bagi Adra ubat (klinik bekalkan ubat demam & 3 sachet immune booster). Belek2 immune booster tu baca kat sachet tu tulis N.U.T.R.I.F.E.R.O.N. Laaaa ni produk Shaklee la papa…trus tunjuk kat papa sachet Nutriferon tu (^_^)

1 sachet tu bancuh dalam air masak, suap kat Adra tapi dia takmau minum. Agaknya tekak dia tak selesa kot. Jadinya, mama la yang minum…time tu pun Adra menyusu badan. Memang sesuai sangat la mama yang minum kan…Start dari tu la memang mama standby je immune booster @ Nutriferon tu kat rumah.

Dan sampai sekarang, Adra dah nak masuk 3 tahun (Oktober ni) kalau kitaorg pegi klinik time dia demam…kitaorg amik jer antibiotic yang klinik bagi…tapi kitaorang tak bagi pun kat Adra. Satu sebab takut antibiotic tu tak abis (sebab budak kecik ni memilih makan ubat)…dua mak pak dia ni da set kat kepala antibiotic tu tak elok…huhuhu

Nutriferon...kesukaan Adra
Hah…itu la NUTRIFERON yang dikata-kata tu…Sekotak ada 30 sachets x 1.2g berharga RM181.25 (Anggaran lebih kurang RM6 untuk 1 sachet). NUTRIFERON ini dihasilkan daripada 4 ektrak tumbuhan seperti Biji Labu, Biji Plantago Asiatica, Honeysuckle Jepun dan Bunga Safflower.

4 Ekstrak Tumbuhan
Berikut adalah beberapa Testimoni Nutriferon dan diharapkan uols yakin untuk mencuba Nutriferon ni ye 
:-)








Cadangan Pengambilan:

~1 sachet sehari (tuang kedalam mulut terus atau boleh dicampur dengan minuman panas/sejuk pada bila-bila masa)

~ 2-3 sachets sehari sekiranya untuk merawat influenza dan kanser. Lebih baik diambil bersama Vitamin C.

***Nutriferon boleh diambil oleh seisi keluarga.

Dapatkan harga NUTRIFERON istimewa pada harga ahli dengan #daftarahlishaklee

# Nak dapat income lebih dengan hanya bisnes dari rumah???
Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp/WeChat/Telegram | 0183111749
                                              FB Fanpage : Kedai Supplemen Semulajadi 



Jom Kenali Penyakit HFMD

HFMD - Hand, Foot & Mouth Disease

Bahaya ke penyakit ni? Nanti boleh tengok penerangan lanjut tentang penyakit HFMD ni kat bawah ye. Teringat Adra penah kena HFDM ni...Mula² kena memang tak tahu tu penyakit HFDM nampak bintik² yang mengelembung mcm ada air tu kat kaki dia. Ingatkan sebab dia pijak pasir masa mandi² kat Sunway Lagoon. Kebetulan hujung minggu tu kitaorg gunakan tiket free family day LPK ke Water Park.


Kredit: Sarawak.Health.Gov.My

Hah...macam ni la rupe kaki Adra masa kene tu. Memang mama ngn papa tak terfikir langsung pasal HFDM. Lagipun, budak kecik tu aktif bebenor, takde demam, selera makan pun ok (oh ye masa tu dia menyusu badan lagi - umor 2thn). Seminggu lepas tu baru dia demam...PANAS...dan bawak g Klinik Bandaran, Shah Alam (panel papa) baru la doktor cakap ini tanda HFDM. Pastu terus papa bawak ke DEMC utk rawatan selanjutnya.

Nak dijadikan citer. Doktor kat DEMC kata penyakit dia tak serius. So dia cuma bagi ubat dan suruh rehat kat umah. Lagipun kata dia, wad penuh (@_@). Omaigaddd...sabo je ye.

Balik umah, bagi ubat dan dalam waktu yang sama bagi gak Nutriferon. Mealshakes memang bagi jer buat tambah dalam susu dia. Alhamdulillah 2-3 hari lepas tu dan recover.

Harap mak bapak yang anaknye ada tanda² merah/gatal² tu cepat-cepat la bawak anak uols ye...Jangan biarkan lelama. Ok...jom tengok info lanjut pasal HFDM kat bawah ni ye.

Apa itu  Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?
HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat diseluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjung tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari. Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.

Apakah tanda-tanda HFMD.
HFMD ditandai oleh:
·         Demam – dimulai dengan demam ringan, rasa tidak sihat  dan hilang selera makan
·         Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula.
·         Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula.
·         Ulcer mulut yang sakit

Adakah penyakit HFMD sama dengan Penyakit Kuku dan Mulut?
Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit Kuku dan Mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan oleh virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.

Apakah penyebab HFMD?
Penyakit HFMD disebabkan oleh sekumpulan virus dalam kumpulan enterovirus. Virus yang paling sering menyebabkan HFMD adalah Coxsackievirus. Kadang-kadang HFMD disebabkan oleh Enterovirus 71. (Lain-lain virus dalam kumpulan enterovirus adalah poliovirus, coxsackievirus, echovirus dan lain-lain enterovirus)

Adakah HFMD ini serius?
Lazimnya HFMD adalah penyakit ringan. HFMD yang disebabkan oleh Coxsackievirus menunjukkan gejala ringan dan pesakit akan sembuh tanpa rawatan. Jarang sekali jangkitan Coxsackievirus menyebabkan viral meningitis dan memerlukan kemasukan ke hospital. Jangkitan Enterovirus 71 (EV 71) boleh menyebabkan viral meningitis dan kadangkala gejala yang lebih serius seperti encephalitis atau kelumpuhan menyerupai poliomyelitis. Encephalitis yang disebabkan oleh EV 71 boleh menyebabkan kematian.

Adakah HDMD ini mudah berjangkit?
HFMD mudah berjangkit (moderately contagious). Penyakit ini merebak dari seorang ke seorang melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan hidung, mulut, air liur, cairan dari blister atau najis pesakit HFMD. Pesakit HFMD boleh merebakkan jangkitan semasa minggu pertama penyakit. HFMD tidak menjangkiti binatang atau merebak dari binatang 

Selepas terdedah kepada jangkitan, bilakan pesakit menunjukkan
gejala?
Biasanya 3 hingga 7 hari selepas seseorang itu terdedah kepada jangkitan, pesakit akan mula menunjukkan gejala HFMD. Demam merupakan gejala pertama HFMD.

Siapakah mereka yang berisiko terhadap HFMD?
Semua orang berisiko mendapat jangkitan, namun tidak semua orang akan jatuh sakit. Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun lebih cenderung mendapat jangkitan dan menunjukkan gejala penyakit. Ini disebakan mereka dalam kumpulan umur ini masih belum lali (belum immune) terhadap penyakit ini. Jangkitan yang berlaku akan meninggalkan imuniti terhadap virus berkenaan. Namun individu boleh mendapat penyakit HFMD kali kedua/seterusnya jika dijangkiti virus HFMD yang lain.

Apakah risiko yang akan dihadapi oleh ibu hamil jika terdedah
kepada pesakit HFMD?
Semua orang berisiko mendapat jangkitan HFMD termasuk juga wanita hamil. Sehingga kini tiada bukti untuk mengaitkan jangkitan HFMD dengan masalah seperti keguguran, lahir tidak cukup bulan atau kecacatan. Namun bayi yang lahir dari ibu yang sedang dijangkiti sangat berisiko tinggi mendapat jangkitan HFMD.

Bagaimana Diagnosa HFMD dibuat?
Diagnosa HFMD biasanya dibuat berdasarkan gejala klinikal. Ini kerana proses untuk mengenalpasti virus dari sampel pesakit akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu.

Bagaimana HFMD dirawat
Tiada terdapat rawatan khusus untuk HFMD. Semua pesakit dirawat secara simtomatik. Mereka yang mengalami gejala HFMD dinasihatkan mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Doktor akan membuat keputusan bagi memasukkan pesakit ke hospital.

Bolehkan HFMD ini dicegah?
Walaupun tiada vaksin khusus untuk HFMD, namun penyakit ini mudah dicegah.
o   Elakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat sesak seperti sekolah, tadika, nurseri, taman permainan, pasar, pasaraya atau kenderaan awam sekiranya mereka mempunyai gejala. 
o   Amalkan kebersihan diri yang baik:-
*  Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, menukar lampin, membersihkan najis bayi dan sebelum menyediakan makanan.
*  Basuh tangan sebelum memegang anak kecil sekembali dari tempat kerja.
*  Galakkan anak selalu membasuh tangan terutama selepas bermain, ke tandas dan sebelum makan.
*  Tutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk.
*  Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran rumah.
*  Basuh alat permainan, kerusi, permukaan meja dan lantai dengan larutan cair yang mengandungi klorin (seperti Chlorox yang dicairkan) untuk mengelakkan dicemari oleh cairan tubuh yang mengandungi virus penyebab HFMD.

HFMD di Nurseri/TASKA/TADIKA/Sekolah
-->  Jika HFMD menjangkiti kanak-kanak yang menghadiri nurseri, tadika atau taska, adalah dinasihatkan
mereka tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh (lebih kurang 10 hari dari hari mula
demam) bagi mengelak rebakan.
 
--> Amalan pencegahan seperti di atas perlu diamalkan setiap masa.
 
--> Penutupan premis selama 10 hari dari tarikh mula sakit pesakit terakhir boleh dilakukan sekiranya perlu. Sekiranya premis tersebut adalah sekolah, memadai menutup kelas yang terlibat kerana kanak-kanak yang lebih besar akan mengalami gejala yang ringan sahaja.

Nasihat kepada orang ramai
Ibubapa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya anak mereka mengalami gejala HFMD. Ibubapa patut berhati-hati terhadap perubahan didalam tingkah laku seperti mudah gelisah (irritation) dan mengantuk (sleepiness). Ibubapa harus segera membawa anak ke hospital dengan segera jika pesakit enggan makan dan minum, muntah berterusan atau kelihatan kurang sedar (drowsiness)


# Nak dapat income lebih dengan hanya bisnes dari rumah???
 
 
Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp/WeChat/Telegram | 0183111749
 
 
 

Copyright Protected 2013 | Templates Reserved for Kedai S3 | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™