PingMe

Tuesday 5 March 2013

Home » , , » Kalsium Penting Untuk Tubuh

Kalsium Penting Untuk Tubuh

Keperluan Kalsium Pada Tubuh Kita


Kalsium adalah merupakan antara bahan mineral yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Bahan mineral ini secara umumnya diperlukan dalam membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Selain daripada itu, kalsium juga diperlukan untuk membantu pengecutan otot jantung, membantu dalam penghantaran maklumat saraf (fungsi saraf) dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Keperluan kalsium yang dicadangkan mengikut umur:


Badan kita tidak berupaya menghasilkan kalsium dengan sendiri. Cara terbaik untuk mendapatkan lebih kalsium adalah dengan memperbaiki diet harian. Antara makanan yang tinggi dengan kalsium adalah:
§             Produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt.
§             Sayur-sayuran mentah seperti bayam, bendi.
§             Kekacang dan bijirin seperti kacang soya, kacang putih, bijan, oat dan  badam.
§             Sesetengah makanan laut seperti sardin, salmon, ikan bilis, tiram dan udang.



Keperluan vitamin D bersama kalsium
Vitamin D amat penting diambil bersama sumber makanan berasaskan kalsium untuk penyerapan yang optimum. Namun agak sukar untuk mendapatkan cukup vitamin D daripada makanan kerana vitamin D hanya terdapat di dalam beberapa jenis makanan dan jumlahnya adalah sangat kecil. Kajian menunjukkan bahawa hanya kira-kira 20% daripada vitamin D datang dari makanan yang kita makan. 

Makanan yang menyediakan vitamin D adalah termasuk:
§             Lemak ikan seperti tuna, mackerel dan salmon
§             Produk tenusu, seperti susu, susu soya, yogurt, keju
§             Jus oren
§             Bijirin
§             Hati lembu
§             Kuning telur

Walaubagaimanapun, badan kita juga boleh membuat vitamin D sendiri. Apabila kita berjalan keluar ke cahaya matahari dengan kulit yang terdedah, badan kita secara semulajadi akan menghasilkan vitamin D.



Elakkan!
  • Perlu diingat, pengambilan kafein mampu mengurangkan penyerapan kalsium di dalam badan. 
  • Elakkan mengambil kalsium bersama-sama dengan pengambilan zat besi kerana kalsium akan memperlahankan penyerapan zat besi.
Tahukah anda?
Jika pengambilan kalsium bagi ibu hamil atau menyusu tidak mencukupi, kalsium daripada tulang akan diambil/dilarutkan untuk disalurkan kepada bayi anda.  Ibu akan mendapat kesan daripada kekurangan kalsium tersebut sama ada kekejangan kaki semasa tidur atau bakal mendapat osteoporosis.

Supplemen
Untuk penjagaan tulang dan gigi yang kuat, Shaklee mencadangkan pengambilan Ostematrix.  Ia bukan sekadar membekalkan kalsium malah ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Credit

Nak cuba supplemen Shaklee, boleh hubungi Fazs ye;





Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp | 0183111749 | 0133888728

2 comments:

  1. setuju..kalsium memang penting utk tubuh badan kita..xkira tua atau muda..:)

    http://h4zw4n1shuk0r.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hazwani btol tu dik, tp rmai org kita x kesah dgn kepentingan kalsium...bler penyakit da hinggap br trsedar...sedey...

    ReplyDelete

Copyright Protected 2013 | Templates Reserved for Kedai S3 | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™