PingMe

Sunday 12 May 2013

Kesan Negatif Akibat Kegemukkan



Berikut adalah risiko kesihatan bagi mereka yang obesiti. Ianya dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.

a. Mati awal (disebabkan penyakit)

# Diabetes
# Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

# Strok.

# Gangren.

# Tekanan darah tinggi.

# Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).

# Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

# Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.


b. Menjalani kehidupan yang menyakitkan

# Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.

# Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.

# Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).

# Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.

# Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.

# Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.


c. Kesan psikologi

# Resah dan gelisah.

# Tertekan dan murung.


Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah:

a. Penurunan kadar kematian

# Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.

# Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.

# Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.

b. Tekanan darah tinggi — tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.

c. Diabetis

# Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).

# Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.

d. Kolesterol

# Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.

# Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.

# Penurunan 30 peratus trigliserid.

# Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.

Bagaimana untuk mengurangkan lima hingga 10 peratus berat badan?

Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Faridah Ismail, berkata, tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan kerana pertambahannya berlaku dalam satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.

“Perkara utama ialah mesti ada kemahuan sendiri, bersedia dan komited. Tujuan menurunkan berat badan juga perlu jelas kerana anda mesti buat untuk diri kebaikan diri seperti mahu hidup sihat dan panjang umur.

“Jangan berusaha kerana orang lain, contohnya dipaksa isteri atau sayangkan kekasih, kerana usaha ini akan terhenti di tengah jalan.

“Usah mencuba kaedah yang tidak terbukti secara saintifik kerana boleh membahayakan kesihatan. Usah terpengaruh kata-kata manis iklan kerana tindak balas badan kita ke atas sesuatu produk tidak sama dengan orang lain.

“Paling penting ialah ambil tindakan awal. Jika berat badan bertambah, segera mulakan sesi bersenam dan kawal makan. Jangan tunggu hingga mengalami masalah berat badan berlebihan kerana usaha mengurangkannya lebih sukar.

“Jika semua langkah tidak berjaya, dapatkan bantuan doktor. Doktor akan memeriksa kesihatan terlebih dulu sebelum seseorang diberi ubat mengurangkan berat badan untuk mengelak komplikasi dan mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku,” katanya.

Dr Faridah berkata, pencegahan adalah kaedah terbaik. Tiada orang dilahirkan dalam keadaan obes. Masalah ini berpunca daripada sikap diri sendiri dan tabiat pemakanan keluarga yang dipupuk sejak kecil. Ibu bapa perlu mendidik anak mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta lakukan aktiviti senaman keluarga.


Nak cuba Set Slim Shaklee, boleh hubungi Fazs ye;

Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp | 0183111749 | 0133888728


Saturday 11 May 2013

Gemuk atau Kurus? Pilihan di tangan anda!





Siapa suka patung Barbie...sila angkat tangan...uhu...Fazs takut ngn patung ni. Masa kecik2 dulu merengek gak la nakkan patung ni, tp disebabkan telah disogok dgn omongan kosong mak bahwa Barbie nie bleh amik nyawa kita...kensel minat kat Ms B ni :-). Bila ingatkan balik...kelakar je kan. Boleh lak pecaya patung ni bole mntak nyawa kat kita...huhuhu...xper2 kita tinggalkan mitos langsung xleh pakai ni ye.

Sebenarnya gambar kt atas ni xde kaitan dengan sape2 ye. Fazs cuma nak citer pasal Gemuk atau Kurus? Mana satu pilihan anda? Tak kira la mana2 pun yang anda suka...yang penting kesihatan tu perlu diutamakan ;-)

Ada orang yang gemuk...tp dia sihat. Alhamdulillah xder penyakit (setakat yang dia tahu/rasa). Ada juga org yang kurus tp mcm2 penyakit dia ada...kolesterol tinggi, kencing manis, etc. Jadinya...badan kita, kita yang tahu mcm maner rasenye kan. Tepuk dada tanye selera, ikut selera badan binasa...huhu...boleh ke tu?

Ada orang selesa dengan bentuk badan dia. Selesa dengan kegemukkannya...selesa dengan kekurusannya. Malah, rmai gak selebriti2 yang 'gemuk' dan berjaya, bahkan ada ramai peminat juga tu. Cam cth la, Adibah Noor, Syanie, Enot...pyanyi luar negara Adele... ;-). Mereka2 antara individu2 yang yang selesa dan yakin dengan diri sendiri. Tapi...bukan semua orang memiliki semangat dan keyakinan diri seperti Adibah dan Syanie.

Mereka beruntung sebab sihat. Cuma perlu ditekankan, berat badan yang seimbang (tidak terlalu kurus tak juga terlalu gemuk) adalah penting. Apabila kita sihat dan memiliki berat badan seimbang, secara automatik kita berasa selasa dan lebih yakin.

Fazs akan citer lebih lanjut pasal 'Penyakit akibat Gemuk' kat post akan dtg ye ;-)

Nak tau citer lebih lanjut tentang program kuruskan badan secara SIHAT bole klik link ni ye --> Kurus & Sihat dengan 'Shape-UP Program' Shaklee.




Nak cuba Set Slim Shaklee, boleh hubungi Fazs ye;

Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp | 0183111749 | 0133888728



Copyright Protected 2013 | Templates Reserved for Kedai S3 | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™