Berikut adalah Q & A oleh pakar di Pusat Pakar Mata ACS mengenai masalah saraf mata.
Apakah glaukoma?
Ia adalah sejenis penyakit mata yang
menyebabkan kerosakan saraf optik mata. Kerosakan yang teruk boleh menyebabkan
kebutaan mata. Namun begitu, kalau keadaan ini dikesan awal, ia boleh dirawat.
Apakah yang
menyebabkan glaukoma?
Kebanyakan kes glaukoma disebabkan oleh
kerana saliran air keluar dari mata tidak lancar dan ini menyebabkan tekanan
mata naik. Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf optik. Namun
begitu punca glaukoma tidak difahami sepenuhnya.. Sesetengah orang ada tekanan
tinggi dalam mata tetapi tidak mengalami kerosakan mata. Orang lain mungkin
mengalami tekanan mata yang normal tetapi saraf optik mengalami kerosakkan.
Faktor yang lain seperti kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf optik atau
kelemahan saraf optik juga memainkan peranan.
Bagaimanakah saya boleh
mengetahui saya mengidap glaukoma?
Ramai orang yang mengidapi glaukoma
tidak sedar mereka ada masalah ini pada tahap awal. Glaukoma menyebabkan
penglihatan bahagian tengah kabur pada tahap lewat sahaja. Anda perlu
diperiksakan oleh pakar mata untuk mengesan penyakit ini pada tahap awal. Ini
membolehkan rawatan awal diberi sebelum kehilangan penglihatan berlaku.
Bolehkah rawatan ini
merawati dengan sepenuhnya masalah penglihatan?
Kalau terdapat kehilangan penglihatan
yang sudah terjadi, ianya tidak boleh dikembalikan. Sebab itu rawatan awal amat
penting untuk mencegahkan dari kerosakan mata yang tetap.
Adakah ini bermakna
saya hanya terdapat tahu masalah ini bila sudah terjadi kehilangan penglihatan?
Ya, ini biasanya terjadi kalau
seseorang tidak pergi untuk pemeriksaan rutin.
Adakah ini bermakna
kehilangan penglihatan yang sudah terjadi tidak boleh dikembalikan dengan
rawatan?
Ya. Penglihatan tidak boleh
dikembalikan dengan rawatan ubat. Ubat yang digunakan untuk mengawal tekanan
mata boleh menolong mengekalkan penglihatan yang masih ada.
Bolehkah rawatan
herbal atau tradisional menolong?
Tidak ada rawatan herbal atau
tradisional yang boleh merawat masalah ini. Lebih banyak penglihatan boleh
hilang jikalau seseorang membuang masa dengan mencari rawatan alternatif yang
tidak membantu.
Adakah beberapa jenis
glaukoma?
Glaukoma sudut terbuka ialah yang
paling kerap ditemui dan ini terjadi bila saliran air keluar dari mata menjadi
tersumbat, menyebabkan tekanan mata naik sekadar perlahan dan pesakit akan
mengalami kehilangan penglihatan dengan perlahan.
Glaukoma sudut tertutup (juga dipanggil
akut) lebih jarang. Dalam keadaan ini, saliran air akan tiba-tiba tutup dan ini
boleh menyebabkan kebutaan kalau tidak dirawat dengan cepat. Biasanya mata yang
mengalami serangan akut akan mengalami kemerahan dan kesakitan mata. Ini boleh
diiringi oleh sakit kepala sebelah, kekaburan mata, rasa loya dan bermuntah.
Rawatan kecemasan diperlukan dan ini kadang-kadang memerlukan kemasukan ke
dalam wad. Ubat akan diberi untuk merendahkan tekanan mata, diikuti dengan
laser atau pembedahan. Mata sebelah juga diberikan rawatan kerana ada
kemungkinan masalah yang sama boleh terjadi.
Ada 2 jenis lagi penyakit glaucoma
iaitu glaukoma secundar, di mana tekanan tinggi dalam mata ialah
kerana masalah mata yang lain danglaukoma Kongenital di mana
seseorang dilahirkan dengan keadaan ini.
Apakah rawatan untuk
glaukoma?
Rawatan adalah untuk merendahkan
tekanan mata dan menghalang kehilangan penglihatan. Rawatan termasuk ubat
titis, rawatan laser dan pembedahan. Kesemua rawatan ada kebaikan dan
keburukannya dan cara rawatan terbaik untuk seseorang ialah hasil keputusan pesakit
dan doctor setelah pelbagai opsyen dibincangkan. Rawatan tidak boleh
mengembalikan kerosakan yang telah terjadi ke atas saraf optik, jadi
penglihatan yang telah rosak tidak boleh dibaiki.
Ubat
Ubat titis adalah biasanya langkah
pertama dalam rawatan ini. Ada pelbagai ubat yang bertindak dengan cara yang
berlainan. Adalah penting untuk menggunakan ubat ini setiap hari seperti
dinasihatkan oleh doctor, kerana tekanan akan menaik sekiranya ubat tidak
digunakan. Ada ubat titis kombinasi yang boleh digunakan sekiranya pesakit
memerlukan lebih daripada satu ubat. Kesemua ubat titis boleh menyebabkan
kepedihan mata. Kesan sampingan juga termasuk pertukaran perasaan lidah,
pertukaran warna iris, bulu mata yang lebih panjang dan lebat, sakit kepala dan
kekaburan mata.
Rawatan laser
Laser digunakan untuk merawat glaukoma
sudut terbuka dan tertutup dengan laser yang berlainan dan teknik berlainan.
Laser boleh digunakan untuk membuka lubang di trabekular meshwork. Procedur ini
biasanya cepat dan tidak sakit. Ianya tidak memerlukan ubat bius seluruh badan
dan tidak perlu kemasukan ke dalam wad. Kejayaan prosedur ini berbeza untuk
setiap individu dan kadang-kadang ubat tits mata masih diperlukan selepas
laser, tetapi dalam dos yang lebih rendah.
Berapa lamakah
prosedur laser?
Ini mengambil masa lebih kurang lima
belas minute.
Perlukah saya baring
untuk prosedur ini?
Tidak perlu.
Pembedahan
trabeculectomi
Ada pelbagai jenis pembedahan untuk
glaukoma bergantung kepada keperluan individu.
Keberkesanan ubat yang baru untuk glaukoma
telah mengurangkan kadar pembedahan untuk glaukoma. Tetapi pembedahan adalah
opsyen bila ubatan dan/atau laser tidak berjaya merendahkan tekanan mata.
Pembedahan adalah untuk menghasilkan
sebuah lubang yang kecil di dinding mata supaya air boleh dilepaskan keluar
dari mata dibawah bahagian conjunctiva. Dari situ, air itu akan mengalir masuk
ke dalam saluran darah. Setelah pembedahan ini, seseorang biasanya boleh
berhentikan ubat glaucoma tetapi kadang-kadang satu antara lima orang perlu
sambung guna ubat itu.
Rawatan untuk glaukoma adalah efektif
dan kebanyakan orang boleh mengekalkan penglihatan mereka kalau rawatan diberi
pada tahap yang awal dan pesakit patuhi regimen yang disyorkan.
Nak cuba CAROTOMAX Shaklee, boleh hubungi Fazs ye;
Hai,Adakah ini masih tersedia?
ReplyDelete