Berikut adalah risiko kesihatan bagi mereka
yang obesiti. Ianya dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.
a. Mati awal (disebabkan penyakit)
# Diabetes
# Diabetes
# Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya
(LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan
individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun
boleh mendapat serangan jantung.
# Strok.
# Gangren.
# Tekanan darah tinggi.
# Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran
makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu
lemak di dada).
# Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan
tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika
tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.
# Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak
ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru
mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.
b. Menjalani kehidupan yang menyakitkan
# Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta
pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung
berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang
melebihi kemampuannya jika anda obes.
# Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas
melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.
# Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid
refluks (pedih ulu hati).
# Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu
gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas.
Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh
menyebabkan mereka terkencing.
# Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan
banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil
dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.
# Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.
c. Kesan psikologi
# Resah dan gelisah.
# Tertekan dan murung.
Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan
besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti.
Antaranya ialah:
a. Penurunan kadar kematian
# Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.
# Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.
# Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.
b. Tekanan darah tinggi — tekanan
sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes
tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10
peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.
c. Diabetis
# Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).
# Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.
d. Kolesterol
# Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.
# Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.
# Penurunan 30 peratus trigliserid.
# Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.
Bagaimana untuk mengurangkan lima hingga 10 peratus berat badan?
Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Faridah Ismail, berkata,
tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan kerana pertambahannya berlaku
dalam satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu
dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.
“Perkara utama ialah mesti ada kemahuan sendiri, bersedia dan komited. Tujuan
menurunkan berat badan juga perlu jelas kerana anda mesti buat untuk diri kebaikan
diri seperti mahu hidup sihat dan panjang umur.
“Jangan berusaha kerana orang lain, contohnya dipaksa isteri atau sayangkan
kekasih, kerana usaha ini akan terhenti di tengah jalan.
“Usah mencuba kaedah yang tidak terbukti secara saintifik kerana boleh
membahayakan kesihatan. Usah terpengaruh kata-kata manis iklan kerana tindak
balas badan kita ke atas sesuatu produk tidak sama dengan orang lain.
“Paling penting ialah ambil tindakan awal. Jika berat badan bertambah, segera
mulakan sesi bersenam dan kawal makan. Jangan tunggu hingga mengalami masalah
berat badan berlebihan kerana usaha mengurangkannya lebih sukar.
“Jika semua langkah tidak berjaya, dapatkan bantuan doktor. Doktor akan
memeriksa kesihatan terlebih dulu sebelum seseorang diberi ubat mengurangkan
berat badan untuk mengelak komplikasi dan mengenal pasti risiko yang mungkin
berlaku,” katanya.
Dr Faridah berkata, pencegahan adalah kaedah terbaik. Tiada orang dilahirkan
dalam keadaan obes. Masalah ini berpunca daripada sikap diri sendiri dan tabiat
pemakanan keluarga yang dipupuk sejak kecil. Ibu bapa perlu mendidik anak
mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta lakukan aktiviti senaman
keluarga.
Nak cuba Set Slim Shaklee, boleh hubungi Fazs ye;
No comments:
Post a Comment