Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart merupakan organ berongga yang
berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan
yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung,
berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".
Dalam tubuh manusia,
jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang
dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan
dikelilingi oleh peparu.
Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g.
Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.
Dinding otot yang tebal (septum)
membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia
memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari
bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah
secara satu hala dari atrium ke ventrikel.
Ventrikel adalah bahagian
jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. Dinding
ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding
ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.
Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki
atrium kanan melalui 2 salur, vena kava
superior (superior
vena cava) dan vena kava
inferior (inferior
vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan
mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari.
Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena
pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel
kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.
Ventrikel kiri adalah
lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan
tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh.
Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu,
jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua
sebab lain:
1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi
akan merosakkan kapilari tersebut dan
2) aliran darah yang
perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah
dan peparu.
Dinding jantung terdiri
daripada tiga lapisan.
### Lapisan terluar
dikenali sebagai perikardium (pericardium),
### Lapisan tengah
dipanggil myokardium(myocardium),
dan
### Lapisan terdalam
dipanggil endokardium (endocardium).
Perikardium boleh
dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous
pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan
yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti
keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang
terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.
Bekalan darah yang banyak
diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah
ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar
dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah
koronari
Sayangi JANTUNG Anda dengan hubungi Fazs;
No comments:
Post a Comment