PingMe

Thursday 4 September 2014

Home » , , » Piramid Aktiviti Fizikal Manusia

Piramid Aktiviti Fizikal Manusia

Piramid Aktiviti Fizikal Manusia


Wow...ingatkan piramid makanan jer yang kita perlu contohi, tapi sekarang dah ada Piramid Aktiviti Fizikal yang boleh kita praktikkan. Piramid Makanan memberi panduan pemakanan sihat yang perlu kita amalkan. Manakala, Piramid Aktiviti Fizikal ini memberi kita panduan bagaimana untuk menyusun aktiviti seharian maupun mingguan kita.

Di zaman teknologi, zaman gajet dan pelbagai social media dalam talian seperti Facebook, Instagram, Tweeter, Whatsapp, WeChat, Telegram dan lain-lain medium yang menghubungkan manusia tanpa batasan. Banyak kebaikan yang diperolehi daripada medium perhubungan ini di mana ia mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat.

Namun, masih terdapat juga keburukan sekiranya seseorang itu terlalu taksub dengan teknologi, segala macam gajet dan social media yang kini hanya dihujung jari. Aktiviti ini telah menjarakkan hubungan di antara satu sama lain. 

Jom kita lihat apa yang perlu kita lakukan setiap hari dan apa yang perlu kita hadkan di dalam aktiviti seharian kita.

Piramid Aktiviti Fizikal
 
--> Setiap Hari <--
Aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti;
> Naik turun tangga
> Berjalan kaki ke kedai/tempat kerja
> Melakukan kerja rumah
> Berkebun

--> 5-6 Kali Seminggu <--
Lakukan aktiviti fizikal sederhana (30 minit sehari) seperti;
> Berjalan cepat
> Berbasikal
> Senaman Aerobik
> Berenang
> Menari
> Lompat Tali
> Bermain Bola Sepak/ Bola Keranjang
> Bermain Badminton
> Mendaki Gunung

--> 2-3 Kali Seminggu <--
Lakukan aktiviti untuk meningkatkan kelenturan, kekuatan dan ketahanan otot seperti;
> Meregangkan badan
> Bangkit Tubi
> Tekan Tubi
> Angkat berat

--> Hadkan <--
Kurangkan aktiviti sedentari seperti;
> Menonton tv
> Bermain Permainan Komputer
> Melayan instant messenger (Whatsapp, Telegram, WeChat, Line etc)


# Nak dapat income lebih dengan hanya bisnes dari rumah???


Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp/Telegram/WeChat | 0183111749 





2 comments:

  1. Bestnya cadangan aktiviti ni akak...
    Tq tau share...


    APA ADA DENGAN ZINC COMPLEX?
    http://bit.ly/Z7DRUn

    ReplyDelete
  2. wow, menarik! nak cuba lah!

    www.suplemement4us.blogspot.com

    ReplyDelete

Copyright Protected 2013 | Templates Reserved for Kedai S3 | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™