PingMe

Wednesday 3 September 2014

Home » , , » Jom Kenali Penyakit HFMD

Jom Kenali Penyakit HFMD

HFMD - Hand, Foot & Mouth Disease

Bahaya ke penyakit ni? Nanti boleh tengok penerangan lanjut tentang penyakit HFMD ni kat bawah ye. Teringat Adra penah kena HFDM ni...Mula² kena memang tak tahu tu penyakit HFDM nampak bintik² yang mengelembung mcm ada air tu kat kaki dia. Ingatkan sebab dia pijak pasir masa mandi² kat Sunway Lagoon. Kebetulan hujung minggu tu kitaorg gunakan tiket free family day LPK ke Water Park.


Kredit: Sarawak.Health.Gov.My

Hah...macam ni la rupe kaki Adra masa kene tu. Memang mama ngn papa tak terfikir langsung pasal HFDM. Lagipun, budak kecik tu aktif bebenor, takde demam, selera makan pun ok (oh ye masa tu dia menyusu badan lagi - umor 2thn). Seminggu lepas tu baru dia demam...PANAS...dan bawak g Klinik Bandaran, Shah Alam (panel papa) baru la doktor cakap ini tanda HFDM. Pastu terus papa bawak ke DEMC utk rawatan selanjutnya.

Nak dijadikan citer. Doktor kat DEMC kata penyakit dia tak serius. So dia cuma bagi ubat dan suruh rehat kat umah. Lagipun kata dia, wad penuh (@_@). Omaigaddd...sabo je ye.

Balik umah, bagi ubat dan dalam waktu yang sama bagi gak Nutriferon. Mealshakes memang bagi jer buat tambah dalam susu dia. Alhamdulillah 2-3 hari lepas tu dan recover.

Harap mak bapak yang anaknye ada tanda² merah/gatal² tu cepat-cepat la bawak anak uols ye...Jangan biarkan lelama. Ok...jom tengok info lanjut pasal HFDM kat bawah ni ye.

Apa itu  Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?
HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat diseluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjung tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari. Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.

Apakah tanda-tanda HFMD.
HFMD ditandai oleh:
·         Demam – dimulai dengan demam ringan, rasa tidak sihat  dan hilang selera makan
·         Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula.
·         Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula.
·         Ulcer mulut yang sakit

Adakah penyakit HFMD sama dengan Penyakit Kuku dan Mulut?
Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit Kuku dan Mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan oleh virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.

Apakah penyebab HFMD?
Penyakit HFMD disebabkan oleh sekumpulan virus dalam kumpulan enterovirus. Virus yang paling sering menyebabkan HFMD adalah Coxsackievirus. Kadang-kadang HFMD disebabkan oleh Enterovirus 71. (Lain-lain virus dalam kumpulan enterovirus adalah poliovirus, coxsackievirus, echovirus dan lain-lain enterovirus)

Adakah HFMD ini serius?
Lazimnya HFMD adalah penyakit ringan. HFMD yang disebabkan oleh Coxsackievirus menunjukkan gejala ringan dan pesakit akan sembuh tanpa rawatan. Jarang sekali jangkitan Coxsackievirus menyebabkan viral meningitis dan memerlukan kemasukan ke hospital. Jangkitan Enterovirus 71 (EV 71) boleh menyebabkan viral meningitis dan kadangkala gejala yang lebih serius seperti encephalitis atau kelumpuhan menyerupai poliomyelitis. Encephalitis yang disebabkan oleh EV 71 boleh menyebabkan kematian.

Adakah HDMD ini mudah berjangkit?
HFMD mudah berjangkit (moderately contagious). Penyakit ini merebak dari seorang ke seorang melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan hidung, mulut, air liur, cairan dari blister atau najis pesakit HFMD. Pesakit HFMD boleh merebakkan jangkitan semasa minggu pertama penyakit. HFMD tidak menjangkiti binatang atau merebak dari binatang 

Selepas terdedah kepada jangkitan, bilakan pesakit menunjukkan
gejala?
Biasanya 3 hingga 7 hari selepas seseorang itu terdedah kepada jangkitan, pesakit akan mula menunjukkan gejala HFMD. Demam merupakan gejala pertama HFMD.

Siapakah mereka yang berisiko terhadap HFMD?
Semua orang berisiko mendapat jangkitan, namun tidak semua orang akan jatuh sakit. Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun lebih cenderung mendapat jangkitan dan menunjukkan gejala penyakit. Ini disebakan mereka dalam kumpulan umur ini masih belum lali (belum immune) terhadap penyakit ini. Jangkitan yang berlaku akan meninggalkan imuniti terhadap virus berkenaan. Namun individu boleh mendapat penyakit HFMD kali kedua/seterusnya jika dijangkiti virus HFMD yang lain.

Apakah risiko yang akan dihadapi oleh ibu hamil jika terdedah
kepada pesakit HFMD?
Semua orang berisiko mendapat jangkitan HFMD termasuk juga wanita hamil. Sehingga kini tiada bukti untuk mengaitkan jangkitan HFMD dengan masalah seperti keguguran, lahir tidak cukup bulan atau kecacatan. Namun bayi yang lahir dari ibu yang sedang dijangkiti sangat berisiko tinggi mendapat jangkitan HFMD.

Bagaimana Diagnosa HFMD dibuat?
Diagnosa HFMD biasanya dibuat berdasarkan gejala klinikal. Ini kerana proses untuk mengenalpasti virus dari sampel pesakit akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu.

Bagaimana HFMD dirawat
Tiada terdapat rawatan khusus untuk HFMD. Semua pesakit dirawat secara simtomatik. Mereka yang mengalami gejala HFMD dinasihatkan mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Doktor akan membuat keputusan bagi memasukkan pesakit ke hospital.

Bolehkan HFMD ini dicegah?
Walaupun tiada vaksin khusus untuk HFMD, namun penyakit ini mudah dicegah.
o   Elakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat sesak seperti sekolah, tadika, nurseri, taman permainan, pasar, pasaraya atau kenderaan awam sekiranya mereka mempunyai gejala. 
o   Amalkan kebersihan diri yang baik:-
*  Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, menukar lampin, membersihkan najis bayi dan sebelum menyediakan makanan.
*  Basuh tangan sebelum memegang anak kecil sekembali dari tempat kerja.
*  Galakkan anak selalu membasuh tangan terutama selepas bermain, ke tandas dan sebelum makan.
*  Tutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk.
*  Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran rumah.
*  Basuh alat permainan, kerusi, permukaan meja dan lantai dengan larutan cair yang mengandungi klorin (seperti Chlorox yang dicairkan) untuk mengelakkan dicemari oleh cairan tubuh yang mengandungi virus penyebab HFMD.

HFMD di Nurseri/TASKA/TADIKA/Sekolah
-->  Jika HFMD menjangkiti kanak-kanak yang menghadiri nurseri, tadika atau taska, adalah dinasihatkan
mereka tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh (lebih kurang 10 hari dari hari mula
demam) bagi mengelak rebakan.
 
--> Amalan pencegahan seperti di atas perlu diamalkan setiap masa.
 
--> Penutupan premis selama 10 hari dari tarikh mula sakit pesakit terakhir boleh dilakukan sekiranya perlu. Sekiranya premis tersebut adalah sekolah, memadai menutup kelas yang terlibat kerana kanak-kanak yang lebih besar akan mengalami gejala yang ringan sahaja.

Nasihat kepada orang ramai
Ibubapa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya anak mereka mengalami gejala HFMD. Ibubapa patut berhati-hati terhadap perubahan didalam tingkah laku seperti mudah gelisah (irritation) dan mengantuk (sleepiness). Ibubapa harus segera membawa anak ke hospital dengan segera jika pesakit enggan makan dan minum, muntah berterusan atau kelihatan kurang sedar (drowsiness)


# Nak dapat income lebih dengan hanya bisnes dari rumah???
 
 
Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp/WeChat/Telegram | 0183111749
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Copyright Protected 2013 | Templates Reserved for Kedai S3 | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™