Ini adalah
PERINGATAN untuk DIRI SENDIRI..!!!
Kurang darah adalah keadaan dimana paras darah merah kurang dari normal iaitu
kurang dari 11 gram/dl.
Penyebab Kurang Darah

1. Kurang memakan makanan yang kaya dengan
zat besi, asid folik dan vitamin B12
2~Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
3~Jangkitan
cacing
4~Masalah perubatan seperti malaria,thalasemia,leukemia,buasir dan pendarahan
dari faraj.
Tanda-Tanda Kurang Darah
1~Pucat
2~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
3~Sentiasa rasa pening
4~Rasa pitam bila bangun
5~Kebas kaki dan tangan
6~Rasa mengah dan berdebar-debar
7~Degupan jantung cepat
AKIBAT KURANG DARAH
Kesan Kepada Ibu :
1~Mudah mendapat jangkitan
2~Jika berlaku pendarahan keadaan akan lebih mudarat
3~Mudah mendapat penyakit lemah jantung
4~Kematian ibu
Kesan kepada anak akibat kurang
darah yang teruk **Ya Allah simpang
jauh-jauh dari haku**
1~Keguguran
2~Pembesaran janin terbantut
3~Anak lahir tidak cukup bulan
4~Anak lahir kurang berat badan
5~Anak mati dalam perut
Meningkatkan Pengambilan Zat Besi
Melalui Makanan.
Ambillah
makanan yang seimbang
Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan
bilis, sardine, ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging
sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin c untuk menggalakkan
penyerapan zat besi seperti jambu batu,mata kucing,betik,limau,rambutan,durian
belanda,belimbing besi,kwini,kedondong,mangga dan nenas.
Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung,
pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus,daun pudina,cekur
manis, dan daun remunggai.
Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ikan bilis, bebola ikan,
kek ikan,hati,daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.
Perah air limau keatas makanan seperti sambal belacan.
Elak meminum teh,kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika
mengambil pil zat besi. Teh , kopi atau susu boleh menghalang penyerapan zat
besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain.
Pengambilan Pil Zat Besi
1~Ambillah pil zat besi ,asid folik,vitamin C yang dibekalkan klinik kesihatan.
Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi
ketika mengandung.
2~Ambillah pil-pil tersebut mengikut nasihat doctor sebaik-baiknya 2 jam
selepas makan, bersama satu gelas air limau atau air masak. Elakkan
mengambilnya bersama teh, kopi atau susu.
3~Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan seperti
mual-mual,sembelit,sakit perut dan najis berwarna hitam. Ini tidak merbahaya.
Call/ SMS – Fazs
(013-3888728/018-3111749)
** These statements
have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are
not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.