Entry ni fazs amik dari sini (credit to mama cery) =D
"...malam ni..saya nak kongsikan entry yang saya dah draft seminggu lebih dah ni..
Ingat tak janji saya dalam entry ini~~ janji nak menjawab soalan ini >>>“Apa
pula makanan tambahan yang harus saya ambil ..dan apa yang harus saya
pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? .. Saya taknak cerita meleret .nak straight to the point untuk menjawab persoalan tersebut ..Sila rujuk jadual di bawah ini.untuk panduan anda..tidak memihak kepada mana2 brand ..ini hanyalah panduan asas...... info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers..
|
Fungsi:
|
Panduan memilih
|
PROTIN
|
Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .
Stres,
kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan
protinberkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada
keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.
|
Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.
|
Multivitamin
|
Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
Menampung kekurangan diet yang kecilan.
Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
|
Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang
daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar
dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus
peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat
hingga tidak mudah larut.
Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan
biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan
sering ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda
harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin
ini.
|
VITAMIN C
|
Meningkatkan . respons imun. .
Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
Membantu penyerapan besi.
Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. . .
Membantu memulihkan luka.
Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).
|
Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.
|
ALFALFA
|
Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
|
Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi
maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat
daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan
kualitinya.
Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai
|
VITAMIN E
|
" Mungkin melengahkan penuaan sel.
Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen
bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
|
Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
Vitamin
E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral
selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.
|
B.KOMPLEKS
|
Membantu memerangi kelesuan. .
Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. .
Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. .
Perlu bagi saraf sihat. .
Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
|
Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US
RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha
menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut
|
LESITIN
|
Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.
* Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
Boleh menurunkan kolesterol.
Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
|
Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun
sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah
darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan
lesitin.
Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.
|
KALSIUM / MAGNESIUM
|
. Membina tulang dan gigi yang kuat.
Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. .
Berperanan
besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan
belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. .
Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
|
carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.
|
BESI
|
Membina sel-sel darah sihat.
Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
Membantu mencegah anemia.
Penting bagi sistem imun anda.
|
la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling
kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita
kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga
mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit
rendah, anda masih merasa lesu.
Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin
C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk
besi ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C
adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.
|
ZINK
|
Perlu bagi memulihkan luka.
Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
Amat penting dalam sistem imun.
Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
Memainkan peranan dalam respons stres.
|
Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai
suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink
glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.
|
GENTIAN/ FIBER
|
Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir,
penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu mencegah kanser kolon.
Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut
terisi)
dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). - - Menanggalkan
toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. - Mendorong
bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya
mengambil 10 -12 gram gentian sehari
|
Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus
mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi
pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus
mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi
setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau
banyak kalori bagi kandungan gentian.
|
JULAP / LAKSATIF HERBA
| |
Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.
Jenis
terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijauatau
herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. Carikan
keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan
otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia
yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin
dalam kolon dengan lembut.
|
EPA/OMEGA
|
.Boleh - menurunkan trigliserida. -
Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. .
Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
|
Carikan keluaran yang berlabelkan ,,tanpa rasa susu".
lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas
yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah
mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah
mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan
menerusi ujian klinikal.
|
Semoga
perkongsian ini berguna dan dpt dimanfaatkan buat semua dalam memilih
makanan tambahan....apa jua jenama yg anda pilih pastikan anda yakin dan
tahu apa yang anda pilih.... Perlu ambil semua di
atas?...Sejujurnya...paling minimum.untuk memulakan program makanan
tambahan..yang anda perlukan ialah protin dan multivitamin...tetapi
lebih efisien jika ia meliputi vitamin C, alfalfa dan fiber..yang lain2
di ambil mengikut keperluan dan status kesihatan anda..Boleh emel atau
hubungi saya untuk pertanyaan lanjuut...
Makanan tambahan pilihan saya seisi keluarga
Anda berminat ingin mencuba? ;-) boleh hubungi saya di sini >
Call/ SMS – Fazs
(013-3888728/018-3111749)
** These statements
have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are
not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment