PingMe

Thursday, 19 December 2013

Home » , , , » Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak-kanak Di Malaysia

Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak-kanak Di Malaysia


Semua ibu bapa mahu melihat anak-anak sihat dengan memastikan mereka mendapat makanan yang cukup serta berkhasiat. Namun, ada segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka sehingga memewahkan anak mereka dengan makanan-makanan yang pelbagai. Pengambilan makanan yang berlebihan serta tidak sesuai menyebabkan anak-anak boleh mengalami obesiti. Meskipun masalah tersebut adalah biasa di kalangan kanak-kanak, namun ia sukar dirawat. Obesiti selalunya akan dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan apabila dewasa kelak.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Obesiti?

Definisi obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan BMI ialah nisbah berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter) seseorang.

Indeks Jisim Tubuh (BMI)       =       Berat badan (kilogram)                                                                                              (Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

Contoh:
Ali beratnya 80 kg dan ketinggian 170 sm
BMI = 80kg / 1.7X1.7
= 80/ 2.89
= 27.7

Daripada ukuran BMI kanak-kanak atau individu itu, dia boleh dikategorikan sebagai kurang berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk


Kelas BMI

Kurang berat: Kurang dari 18.5kg/m2
Normal 18.5-24.9
Berat berlebihan 25-29.9
1. Obesiti kelas 1 30 - 34.9
2. Obesiti kelas 2 35 - 39.9
3. Obesiti keterlaluan Lebih 40

Walaupun ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya jika berat mereka adalah 85 peratus lebih daripada kanak-kanak yang sebaya, kanak-kanak itu tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.

Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina. 



Apakah Punca Obesiti?
 
a) Genetik dan Keturunan
Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti.

b) Sebab persekitaran
Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti.

c) Cara hidup kanak-kanak 
Seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti

d) Sebab psikologi
Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

e) Masalah metabolisme
Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.


Penyakit Yang Boleh Disebabkan Masalah Obesiti

  • Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif
  • Masalah jantung
  • Darah tinggi
  • Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
  • Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain.

Bagaimana Membantu Anak Anda Mengurangkan Berat Badan?

Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan.

Bagaimana Memastikan Anak Makan Makanan Yang Berkhasiat?

  • Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu.

  • Pastikan bila anda memilih makanan , makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah.

  • Jika anak anda berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan.

Bagaimana Membantu Kanak-Kanak Bersenam Lebih?

  • Kurangkan menonton TV
  • Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain
  • Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari
  • Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum

Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara perkara yang mudah untuk diubahdan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.



#Dapatkan promo OMEGAGUARD istimewa Disember 2013 ini# - http://ow.ly/rU4wJ 

 

Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp | 0183111749 | 0133888728
    FB Fanpage : Kedai Supplemen Semulajadi

No comments:

Post a Comment

Copyright Protected 2013 | Templates Reserved for Kedai S3 | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™