PingMe

Monday 9 December 2013

Home » , , , » Omega 3 Mengurang Radang Sendi

Omega 3 Mengurang Radang Sendi

Omega 3 boleh mengurangkan Rheumatoid Arthritis


Rheumatoid Arthritis atau penyakit radang sendi merupakan satu gejala penyakit di mana sistem imun badan menyerang tisu di dalam badan termasuk sendi. Apabila keradangan berlaku di dalam sendi, ia boleh menyebabkan berlakunya bengkak, sakit dan kehilangan fungsi sendi.

Keradangan juga melibatkan pergerakan sel-sel darah putih ke dalam sendi di mana pergerakan ini menyebabkan pelbagai bahan kimia yang tidak diingini kerana boleh merosakkan sistem imun badan dilepaskan seperti radang eicosanoids dan cytokines.

Hasil penyelidikan mendapati bahawa anti-radang (Anti-Inflammatory) asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam makanan tambahan minyak ikan dapat membantu mengurangkan gejala-gejala Rheumatoid Arthritis seperti kesakitan dan keradangan pada sendi penghidapnya.

Asid lemak Omega 3 meningkatkan pengeluaran bahan kimia yang dipanggil resolvins dan protectins yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan keradangan.


Sumber

 

Siti Fazila Abdul Manan [Fazs]
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 865566 
SMS/ Whatsapp | 0183111749 | 0133888728
    FB Fanpage : Kedai Supplemen Semulajadi

No comments:

Post a Comment

Copyright Protected 2013 | Templates Reserved for Kedai S3 | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™