PingMe

Tuesday, 1 January 2013

Home » » Khasiat Soy Protein Untuk Ibu Mengandung

Khasiat Soy Protein Untuk Ibu Mengandung


Mendirikan rumahtangga adalah fasa baru dalam kehidupan kita. Satu fasa yang penuh dengan tanggungjawab dan erti perkongsian antara dua jiwa. Dan salah satu tujuan utama sesebuah perkahwinan adalah mengembangkan zuriat. Sudah pasti pasangan suami isteri amat mengharapkan kehadiran cahayamata untuk menyinari kehidupan suami isteri bukan.
soya isolate shaklee


Apabila sah sahaja mengandung, perkara yang akan terdetik pada hati seorang ibu terutamanya adalah, " aku kena jaga makan, kena ambil vitamin supaya baby dalam perut ini sihat". Itulah keihklasan dan kasih sayang seorang ibu, apa pun sudah pasti anak adalah no 1 dalam memberikan yang terbaik. Di mana mahu mencari semua itu? Kebiasaannya pada sesi checkup di hospital, doktor akan membekalkan kita beberapa vitamin sebagai keperluan semasa mengandung.

Pernah dengar atau tidak semasa mengandung ini ada petua orang lama, ibu-ibu yang amalkan soya semasa mengandung, nanti anak yang dilahirkan berkulit putih bersih? Siapa yang tidak mahukan anak berkulit putih bersih kan? Tapi jangan lupa genetik adalah memainkan peranan. Bukan putih atau gelap kulit anak itu tapi kulit yang sihat yang menjadi impian kita. Siapa tidak mahu anak sihat dan cergas bukan?

Semasa mengandung selain dari susu atau kalsium, ibu boleh mengamalkan mengambil soy protein. Terutamanya bagi ibu yang alah dengan susu lembu, maka soy isolate protein powder dari shaklee adalah jawapannya. Rasa soya yang tidak terlalu manis, dan khasiatnya yang tidak terbanding amatlah sesuai dengan si ibu. Malah apa yang lebih bagus, ianya sesuai untuk ibu yang menghidap diabetes kerana paras indexs glisemiknya yang rendah.

KENAPA SOY ISOLATE PROTEIN POWDER MENJADI PILIHAN?


  • Ianya adalah NON GMO soy protein. Maknanya soya ini adalah semulajadi, tidak diubahsuai secara genetik. Kebiasaannya ada soya yang diubah suai secara genetik untuk memberikannya daya ketahanan yang tinggi semasa ditanam. Supaya ianya tidak mudah diserang perosak, supaya tahan lebih lama dan ada daya rintangan yang lebih pada keadaan cuaca yang buruk. Dan soya yang diubahsuai adalah lebih tinggi risiko buruk pada pengamal di masa akan datang. Jangan sangka semua soya adalah sama ye. Cuba pastikan dahulu dari mana asal pembuatannya dan kaedah apa yang digunakan. Jika soya kotak yang menjadi pilihan maka berhati-hati kerana ianya boleh disimpan bertahun-tahun, maka tidak hairanlah sudah pasti dicampur dengan pengawet, perasa dan pewarna di dalamnya. Tidak takutkah kita akan risiko pada bayi?
  • Indeks glisemik yang rendah iaitu hanya 39, menjadikannya sangat ideal untuk semua golongan tua atau muda, malah penghidap diabetes juga mendapat manfaatnya. Kerana penghidap diabetes sangat perlu mengelakkan makanan yang mengandungi index glisemik yang tinggi.
  • Soy isolate protein shaklee dicuci dengan air, BUKAN ALKOHOL. Apa kelebihannya? Bila dicuci dengan alkohol akan menghilangkan manfaat isoflavon, walhal isoflavon lah sangat bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Soy Isolate Protein Powder Shaklee adalah dijamin kualitinya. Tidak mengandungi sebarang pewarna, perisa atau pengawet kerana ia dikawal ketat menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagi Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikn kacang soya bebas dari pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehinggalah ditinkan dan selamat diminum oleh anda.
Berikan yang terbaikdan amalan pemakanan yang baik semasa mengandung amatlah penting kerana dari dalam perut ibu segalanya bermula. Pertumbuhan bayi yang pesat perlu seiring dengan pemakanan yang baik. Tiada guna kita belikan yang terbaik dari segi luaran sahaja tetapi dalaman tidak terjaga. Begitu teruja untuk membeli kelengkapan kelahiran seperti pakaian bayi, baby coat, lampin dan sebagainya tapi terlupa untuk menjaga pemakanan selama 9 bulan yang indah ini. Andalah ibu prihatin dan tahniah kerana membuat pilihan yang terbaik untuk si manja anda.

Untuk bacaan lanjut tentang soy protein shaklee bolehlah merujuk di link ini. 




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Call/ SMS – Fazs (013-3888728/018-3111749)

 

No comments:

Post a Comment

Copyright Protected 2013 | Templates Reserved for Kedai S3 | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™