PingMe

Monday, 14 January 2013

Home » , , , » Tekanan Darah Tinggi

Tekanan Darah Tinggi



Tekanan Darah Tinggi atau dikenali sebagai Hipertensi

Jantung bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hipertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. 
  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)

Bacaan Tekanan Darah

Jantung bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
 Kategori
 Sistolik

 Diastolik
 Normal
 < 120
 And
 < 80
 Pra Hypertensi
 120- 139
 or
 80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
 140 - 159
 or
 90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
 > 160
 or
 > 100

Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi

Penyebab hipertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor. Walau bagaimanapun hipertensi boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi *klik sini untuk info Lecithin*
  • Faktor keturunan & Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid 
  • Penyakit buah pinggang

Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

i. Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara
ii. Penyakit jantung : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
iii. Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
iv. Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
  • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah untuk mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Prevent and treat complications early
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    • Jantung
    • Ginjal
    • Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

 *Rujukan: KKM


No comments:

Post a Comment

Copyright Protected 2013 | Templates Reserved for Kedai S3 | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™